Pendidikan | Bahasa Inggeris keperluan utama dalam era digitalisasi

2022-09-22 0

Selain Bahasa Inggeris, subjek-subjek yang diiktiraf di peringkat antarabangsa akan menjadi subjek utama di sekolah-sekolah antarabangsa tajaan kerajaan Sarawak.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, subjek-subjek ini adalah keperluan utama ketika negeri ini sedang melangkah ke era global dan memperkasa ekonomi digital.